Saturday, September 1, 2012

KEHIDUPAN


     Walau bagaimana perih sekalipun kehidupan, hidup perlu diteruskan. Allah menciptakan makhluknya didunia ini bukan untuk suka2 ataupun dipermainkan mcm mane yg sesetengah daripada kite fikirkan bila x dpt menghadapi sesuatu ujian itu. Ada yg merasa kenapa Allah turunkan semua ini? Kenapa Allah x bantu aku? Mana doa2 aku? X dimakbulkan? Jgn pernah terlintas sedikit pun di fikiran kita yg Allah tidak mendengar doa2 yg saban waktu kite pohon sepanjang solat siang dan malam. Ya, Allah mendengar dan melihat segala-galanya. Jangan risau dan bersedih. Suatu saat anda akan faham kenapa Allah tunda doa2 anda. Ada sesuatu yang Allah dah janjikan di kemudian hari yang Dia rasakan itu adalah saat yg tepat untuk Dia menjawab kesemua doa anda.

    Ketika itu kita semua merasa kebahagiaan yg amat indah. Oleh itu jgn pernah berhenti berdoa siang dan malam. 'Imagine' dalam sehari kalau anda berdoa setiap kali selepas solat fardhu dan jika dihitung kesemuanya dalam sebulan, takkan dalam 150 kali kite berdoa,sekalipun Allah x makbulkan. Asal tetap keimanan dan kepercayaan dalam hati, insya Allah akan ada hikmah nya atas setiap kejadian itu dan kehidupan akan dirasakan begitu indah dgn hadirnya Allah di hati kita :) 

Amin.