Dari kejauhan terlihat kelibat seorang anak gadis remaja belasan tahun yang memiliki paras wajah yang seakan-akan wanita timur tengah . Rupa-rupanya ibu gadis tersebut sememangnya berasal dari negara timur tengah . Dari raut wajahnya , kelihatan ada sesuatu yang membebani fikirannya walaupun tidak terluah oleh kata-kata . Walau bagaimana diluahkan sekalipun tidak akan ada sesiapa yang mampu memahami bait kata-katanya . Mungkin tutur bahasa isyarat boleh dilontarkan namun ternyata masih kurang berkesan berbanding intonasi suara yang mampu diikuti dengan emosi sebenar anak gadis itu . Ahli keluarganya sendiri tertanya-tanya apakah kebingungan yang dihadapi oleh Hamiza Adrina , buah hati pengarang jantung mereka . Hurm… agaknya seseorang perlu tampil bagi membongkar segala kebingungan Miza . Tapi siapa ?
No comments:
Post a Comment