Fareez Hamizan baharu sahaja menamatkan pelajarannya di Amsterdam dalam bidang perakaunan . Suasana di sana sememangnya jauh berbeza dari tanah air sendiri , sebagaimana bak kata pepatah ‘hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri,lebih baik negeri sendiri’ . Sepanjang 5 tahun di perantauan orang , Reez tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan abang kepada tujuh orang adiknya yang masih kecil lagi . Tiap-tiap bulan Reez pasti akan mengirimkan wang berjumlah RM600 untuk perbelanjaan ibu dan adik-adiknya . Bapa Reez sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir setahun selepas Reez berada di Amsterdam . Yang paling menyayatkan hati , Reez tidak dapat pulang di hari pengkebumian bapanya yang tersayang di tanah perkuburan Islam , Bachok , Kelantan. Wang yang dikirimkan ke Malaysia diperolehi dari hasil titik peluhnya bekerja sebagai pelayan restoran di Hamdan’s Corner . Salah sebuah restoran orang Melayu yang kebetulan juga berasal dari Malaysia . Pak Hamdan menjaga Fareez Hamizan seperti menatang minyak yang penuh kerana ada suatu rahsia yang disembunyikan oleh Pak Hamdan sekeluarga dari pengetahuan Reez .
No comments:
Post a Comment